Cool Blue Outer Glow Pointer

Twitter Bird

Friday, 24 August 2012

WWF pilih SMK Lanchang wujudkan Eco-School

WWF pilih SMK Lanchang wujudkan Eco-School


MOHD. Jamri Md. Lela (tiga dari kiri) bergambar bersama wakil WWF dan guru-guru SMK Lanchang di Cherating, Kuantan, semalam.


KUANTAN 27 Jun – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lanchang menjadi sekolah pertama di Asia Tenggara yang dipilih oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia untuk mewujudkan Program Eco-School.
Pengetua SMK Lanchang, Mohd. Jamri Md. Lela berkata, Eco-School adalah program yang menekankan penglibatan pelajar supaya lebih mesra dengan masyarakat sekeliling dan alam sekitar.
“Fokus utama program ini ialah mengurangkan masalah alam sekitar melalui aktiviti pemuliharaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.
Menurut Mohd. Jamri, antara program yang dijalankan untuk program Eco-School itu ialah taman herba, memelihara ikan dalam kolam, kebun sayuran, membina kit pendidikan alam sekitar, mengadakan peperiksaan subjek alam sekitar dan membina replika Menara Kuala Lumpur daripada botol serta tin minuman.
“Pelajar juga digalakkan mempelajari, mempraktikkan ilmu dan menggunakan bahan kitar semula dalam kehidupan,” katanya.
Jelasnya, guru-guru juga berperanan memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagi mengurangkan masalah alam sekitar.
“Guru-guru akan mengadakan pelajaran di dalam kelas dengan mengajar subjek alam sekitar menggunakan kit alam sekitar yang telah disediakan.
“Apa yang penting adalah untuk mendidik pelajar menjaga alam sekitar dan terus mengaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang,” katanya.




SMK Lanchang

SMK Lanchang


Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang atau nama ringkasnya SMK LANCHANG merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lanchang.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang memiliki 340 pelajar lelaki dan 326 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 666 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

[sunting]Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan adalah sekolah pertama di asia tenggara yang telah menyertai program Eco School.Sekolah tersebut juga telah menjadi sekolah lestari alam sekitar dengan kerjasama WWF.SMK Lanchang juga telah mendapat tempat kedua dalam anugerah sekolah tercantik daerah Temerloh pada tahun 2011.Sekolah ini juga sangat akif dalam bidang kebudayaan seperti teater.Mereka telah bekerjasama dengan artis-artis terkenal seperti Dato Aziz Satar,Rosham Nor dan Anjang Aki.

[sunting]Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang
Lanchang
28500, Lanchang
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092805236
Fax = 6092803630






Pergerakan Bumi di Dalam Sistem Suria

Pergerakan Bumi di Dalam Sistem Suria


* Terdiri daripada matahari & 9 buah planet

Cara Bumi bergerak: Berputar pada paksinya Beredar kelilingi matahari

PUTARAN BUMI :Cara Pergerakan Tempoh @ Masa Kesan Putaran Bumi
-Cara Pergerakan Bergerak dari barat ke timur dari paksinya
- Paksi bumi ialah garisan bayangan yang menganjur dari Kutub Utara ke Kutub
Selatan secara condong pada sudut 66 ½° dari satah orbit.

Tempoh @ Masa 24 Jam @ 1 Har
Kesan Putaran
-Bumi Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat
-Siang & Malam Air pasang & air surut
-Pembiasan angin dan arus lautan pada setiap hari

PEREDARAN BUMI
* Mengelilingi matahari mengikut orbitnya
* Cara Pergerakan
*Bergerak secara lawan jam
- Paksi Bumi Orbit Bumi
-Tempoh @ Masa 365 ¼ hari @ satu tahun

Kesan Peredaran Bumi
- Kejadian Empat Musim Siang dan malam tidak sama panjang
-Kedudukan matahari pada waktu tengah hari berbeza mengikut tempat

Garisan Artik 66½°U
Garisan Jadi 23½°S
Garisan Khatulistiwa 0°U
Garisan Antartik 66½°
Garisan Sartan 23½°U 90°U 90°S


* Kawasan yang berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa alami 12 jam siang dan 12 jam malam
* Garisan Artik, Garisan Sartan, Garisan Jadi dan Garisan Antartik alami siang dan malam yang tidak sama panjang
* Kejadian musim di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan adalah berbeza
* Garisan Khatulistiwa bahagikan Bumi kepada 2 hemisfera iaitu Hemisfera Utara & Hemisfera Selatan
* Kecondongan paksi bumi menyebabkan pancaran matahari berada tegak ke bumi berubah-ubah mengikut masa
* Ketinggian matahari tengah hari berbeza antara satu tempat dengan tempat lain dalam setahun
* Sebab itulah berlakunya kejadian empat musim
25. Solstis Musim Panas (Jun – Ogos) Pada 21 Jun, matahari tengah hari berada tepat di Garisan Sartan (23½°U) Hemisfera Utara mengalami musim panas Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk Kawasaan di Hemisfera Utara mengalami waktu siang yang lebih panjang
26. Koleksi Musim Sejuk
27. Ekuinoks Musim Luruh (Sept – Nov) Pada 23 September, matahari tengah hari tepat di Garisan Khatulistiwa (0°) Hemisfera Utara mengalami musim luruh Hemisfera Selatan mengalami musim bunga Siang dan malam yang sama panjang
28. Koleksi Musim Luruh
29. Ekuinoks Musim Bunga (Mac - Mei) Pada 21 Mac, matahari tengah hari tepat di Garisan Khatulistiwa (0°) Hemisfera Utara mengalami musim bunga Hemisfera Selatan mengalami musim luruh Siang dan malam yang sama panjang
31. Solstis Musim Sejuk (Dis – Feb) Pada 22 Disember, matahari tengah hari tepat di Garisan Jadi (23½°S) Hemisfera Utara mengalami musim sejuk/ dingin Hemisfera Selatan mengalami musim panas Kutub Utara alami malam 24 jam




Thursday, 23 August 2012

Tanah Tinggi Dan Saliran

Tanah Tinggi Dan Saliran






Profil Sungai:
·Peringkat hulu - hakisan giat, lurah berbentuk 'V', dan ciri fizikal yang terbentuk termasuk air terjun. jeram, dan lubang periuk(lubuk sungai).
·Peringkat tengah - pengangkutan giat, lurah berbentuk 'U' dan ciri fizikal yang terbentuk termasuk likuan sungai, susuh bukit berpanca, dan tebing tinggi sungai.
·Peringkat hulu - pemendapan giat, lura landai dan ciri fizikal yang terbentuk termasuk likuan terpenggal, tasik ladam, dataran mendap, tetambak, dan delta.
Pola saliran:
·reranting
·jejala
·sepunca/jejari
·bawah tanah
·sejajar
·bersirat
·saliran darat
1. Sungai Kinabatangan(560 km) merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia.
2. Sungai Pahang(563 km), sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia.
2. Sungai Rajang(445 km), sungai terpanjang di Malaysia.
3. Tasik semula jadi ialah Tasik Bera dan Tasik Chini manakala tasik buatan ialah Tasik ChenderohTasik Kenyir, dan Tasik Temenggor.
4. Pentingnya sungai :
·sebagai sempadan antarabangsa dan negeri -
Sungai Endau - Johor, Pahang.
Sungai Bernam - Selangor, Perak.
Sungai Golok - Malaysia, Thailand.
·sebagai tapak bina jana kuasa hidroelektrik
·agen pembentukan dataran aluvium untuk kegiatan pertanian
·pembawa sumber mineral seperti biji timah di Lembah Kinta dan Lembah Klang
·sebagai sumber air untuk kegunaan harian
·sebagai sumber ikan air tawar
·sebagai cara pengangkutan dan perhubungan
·sebagai pusat rekreasi




Friday, 17 August 2012

Kedudukan Malaysia

Kedudukan Malaysia




Kedudukan Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Keluasan Malaysia adalah kira-kira 329 733 km persegi. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah wilayah persekutan, iaitu Kuala Lumpur, Pulau Labuan dan putrajaya.
     Malaysia mempunyai kedudukan geografi yang strategik.Sejak dahulu lagi, negara kita menjadi tempat persinggaha pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China dan India kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan laut antara timur denan barat. Di samping itu,negara kita juga terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan menyebabkannya bebas daripada gempa bumi , letusan gunung berapi, dan tiupan angin taufan.





Saliran Di Malaysia

Saliran Di Malaysia


Malaysia mempunyai banyak sungai kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun . Malaysia dikurniai dengan tasik semula jadi seperti Tasik Bera dan Tasik Chini . Malaysia juga terdapat tasik buatan manusia seperti Tasik Kenyir untuk menjana kuasa hidroelektrik , Tasik Chenderoh sebagai sumber ikan air tawar , dan Tasik Perdana yang menjadi tarikan pelancong . 


  • Sungai Rajang (563 km) adalah sungai yang terpanjang di Malaysia dan dapat dimudiki hingga ke bandar Kapit . 

  • Sungai Kinabatangan (560 km) adalah sungai yang terpanjang di Sabah . 

  •  Sungai Pahang (475 km) adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia . 




Thursday, 16 August 2012

Selamat Hari Raya!!!

Selamat Hari Raya!!!

Assalamualaikum....kami dari Blog Geografi Smk Lanchang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua mulismin dan muslimat....